Sunday, May 16, 2010

Sukan

Bersukan memang elok untuk menjaga kesihatan diri dan juga tubuh badan. Jika kita mengamalkan kehidupan yang sihat dan sentiasa bersukan pasti kurang risiko untuk dijangkiti penyakit. Itulah slogan yang sering digunakan dimana-mana. Mungkin betul apa yang mereka perkatakan.

Tetapi pelik ramai yang sudah bekerja mengeluh tiada masa untuk bersukan. Sibuk barangkali. Biasalah. Kerja sampai ke petang, bila hendak pulang terpaksa merempuh kesesakan jalan raya. Akhirnya sampai di rumah sudah lewat malam dan penat menghalang kita meneruskan niat untuk bersukan. Itu perkara biasa. Tidak pelik.

Ramai juga yang sering memperkatakan tentang hal pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit yang merbahaya. Mungkin hanya dihidapi demam tetapi mereka tidak sedar mereka akan menghadapi penyakit poket kering kerana makanan yang sihat selalunya dijual dengan harga yang mahal. Adil atau tidak? Tepuk dada tanya medan selera.

Kembali kepada topik bersukan. Kecederaan di dalam bersukan tidak boleh dielakkan. Itu adalah lumrah dalam kehidupan bersukan. Ini berlaku kerana tidak cukup senaman regangan atau bahasa kampungnya warm-up. Warm-up itu penting ya kawan-kawan.





Tapi yang peliknya, bersukan di dalam game Wii Sport pun boleh cedera apa kejadahnya? Kan dah susah nak berjalan-jalan makan angin. Nasib baik tengok wayang ada tempat duduk. Dapat lah jugak tengok Nightmare on Elm Street.


P/S : Baby I Love You So MuchJustify Full

Thursday, May 13, 2010

Work Work Work

I am still in the office. Helping some of my colleagues preparing a project tender due for submission the next day. How terrible it is to receive a task when the office hour are ending in a few hours an the next minute you realize that you have to spend a night in the office.

The only thing that keeps me going is the thought of you inside my head. Only GOD knows how much I miss you,baby.


:(