Thursday, July 16, 2009

Hidup

Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Begitu juga dengan kejahatan. Namun kejahatan masih kejahatan dan sampai bila-bila pun orang akan mengingati tentang kejahatan. Walaupun kebaikan yang dilakukan adalah seribu kali namun dapat dihapuskan oleh satu kejahatan yang hanya dilakukan hanya sekali. Itu adalah lumrah kehidupan kita sebagai manusia. Apabila sesuatu benda berlaku, pasti orang akan menceritakan tentang kejahatan orang lain, dan pastinya bukan tentang kebaikannya. Masih lagi itu lumrah kehidupan manusia. Namun sekiranya si penjahat ingin menebus segala kejahatan yang telah dilakukannya, hanyalah kebaikan dan juga keihlasan yang akan memadam segala perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Kerana kejahatan akan sentiasa tidak dilupakan sebagai kejahatan.

Hati seorang lelaki sememangnya keras dan tidak mudah dipujuk. Ini adalah disebabkan ego lelaki yang mengatasi segala perasaan di dalam dirinya sendiri. Namun setinggi mana pun ego seorang lelaki, pasti akan tumpas dengan kelembutan hati seorang perempuan. Walau bagaimana kasar sekalipun tindakan lelaki itu, pasti akan terubat dengan kelembutan seorang perempuan. Kerana itu juga adalah lumrah. Yang keras lawannya adalah lembut. Jika lelaki mempunyai kekuatan fizikal, perempuan mempunyai kekuatan dari segi kelembutan mereka. Dan perkara lain yang boleh menewaskan seorang lelaki adalah CINTA. Dengan CINTA, lelaki boleh berubah selamanya. CINTA mampu menewaskan seorang lelaki. CINTA juga mampu membuatkan lelaki melakukan perkara di luar kemampuan mereka. CINTA jugalah mampu membuatkan lelaki menangis.

Namun tak semua yang jahat itu akan kekal jahat dan tak semua yang baik itu akan kekal baik. Cycle of Life. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita akan merasa berada di bawah. Itulah yang dipanggil sebagai keseimbangan hidup. Namun semua harus percaya yang semua orang mempunyai peluang dan berhak untuk merasa bahagia. Semua orang berhak untuk menyatakan pendaapt mereka. Dan semua orang juga berhak untuk mempunyai kehidupan yang mereka inginkan. Allah SWT telah menjadikan manusia berpasang-pasangan. What goes around comes around. That's the rule of karma. And I do believe it is true. Maka berikanlah peluang kepada seseorang itu untuk berubah dan membuktikan dirinya mampu untuk menjadi yg lebih baik daripada dirinya yang dahulu. Just have some faith and pray to Allah SWT.




P/S : Ternyata entry kali ini berbaur serius. It's Freedom of Speech and everyone have the right to say anything that they want to. Asyik nak entry merepek jer, ape kata kali nie aku wat entri yg serius ckit? Menarik bukan? =)

4 comments: