Thursday, August 13, 2009

Cikgu

Cuti amat membosankan. Apabila memikirkan beban yang bakal ditanggung selepas cuti berakhir, memang akan jadi lagi pening. So buat apa difikirkan tentang hal yang bakal merunsingkan dan merumitkan kepala otak sendiri? Lebih baik rileks sahaja dan beraksi cool. Lebih kurang merumitkan kehidupan.

Namun minat yang mendalam terhadap permainan drum menjerumuskan gua ke Youtube. Gua lebih suka melihat bagaimana orang bermain drum untuk cover lagu-lagu yang memang require permainan drum yang sangat kompleks seperti Remenissions, Afterlife, Unholy Confessions dan lain-lain lagi. Namun disebabkan tiada mahaguru untuk mengajar gua bermain drum, maka impian tersebut terkubur. Gua cuba bertanya namun semua menolak kemungkinan menjadi mahaguru gua seperti insan ini. Katanya tidak pakar tetapi reti. Apakah modus operandi beliau di situ? Memeningkan pihak ketiga barangkali.

Namun begitu, setelah di-gelintar seluruh laman internet dan juga laman rumah banglo di kawasan Bukit Damansara, gua menjumpai sesuatu yang menarik. Mampukah website ini membantu gua menjadi seorang pemain drum? Ataupun bakal menjadikan gua seperti tong drum seperti dia ini? Entah. Gua kurang pasti. Tapi tidak salah jika mencuba. Jangan pula mencuba setengah jalan seperti yang dilakukan oleh makhluk ini. Sungguh pemalas tetapi lihat sahaja saiz badannya. Sesuai bukan?


P/S:kalau e-drum Roland berharga RM3***, adakah ianya pembelian berbaloi? Atau patut kah gua menyimpan RM3*** itu untuk tujuan lain seperti membeli donat J.Co dengan kuantiti yang lebih banyak daripada ini? Masih di dalam dilema.

7 comments: