Friday, August 28, 2009

Sedangkan yang terang sudah bersuluh

Biasalah. Student memang selalu busy. Busy dengan assignment, midterm test dan pelbagai lagi rintangan lain yang cuba diberi oleh tenaga pengajar. Bukan Tenaga Nasional ya kawan-kawan. Mintak maafla kawan-kawan. Terlalu suntuk masa untuk meng-hupdate blog. Hanya mampu memberikan sokongan dengan melawat blog orang lain saja.

Esok tiada kelas namun assignment masih lagi setinggi nasi dan lauk pauk yang dinikmati oleh setan ini ketika berbuka puasa. As usual, mestilah menjadikan orang yang berbadan "sasa" sebagai benchmark. Jika tidak bagaimana? Tiada cara lain lagi yang lebih efektif. Jika ambil contoh gua, gua hanya mampu untuk membelanjakan RM3 saja setiap kali berbelanja juadah berbuka. Biasalah. Nama pun student. Melainkan kalau gua nie sudah berkerja di syarikat kontraktor Oil and Gas yang terkenal di seantero Semenanjung Malaysia dan hanya datang ofis untuk menggoyangkan kaki sebab dapat backup dari bos. Oh sudah terpesong. Mintak maaf kembali.

Melihatkan keadaan di office menjadikan gua bersyukur masih lagi bergelar pelajar. Namun setelah mendapat pujian dan juga kritikan membina membuatkan gua mahu terus menerus menjadi pelajar. Masakan tidak. Dialog perbualan adalah seperti ini

Gadis : Can I get you something to drink?
arres : Owh no its okay. Im fasting.
Gadis : I am very sorry. But you don't look like a malay.
arres : *tersenyum sipu*

See? Sudah acap kali gua nyatakan. Gua berwajah mix. Eurasian dengan erti kata lain. Tetapi ramai tidak dapat menerima hakikat itu. Gua bersedih dengan lu orang semua. BTW, kadar puasa gua masih lagi menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Berkat tunjuk ajar parents gua. Sekian terima kasih.




P/S: D, take care in Incheon. Send my regards to Wonder Girls, Girls Generation and also the Super Junior. Can't wait to see you when you're back in Malaysia. Missing you!!!

5 comments:

  1. D tu apa? Dukun?

    Super Junior ada kat Bahau ni ha, tunggu gua balik, nak bukak puasa sesama kata diorang la. Gua sempoi je.

    ReplyDelete
  2. paan:super junior call gua ckp xjd dtg malaysia sbb lu ade :p

    kucaie:ding dang

    qish:jadah?

    nissie:owh kurang popular.sori salah blog :p

    ReplyDelete
  3. muka awak macam FILIPINO kot.

    ReplyDelete