Saturday, October 31, 2009

Gaduh?

Memang susah nak puaskan manusia. Itu kenyataan. Tamak itu sudah berada dalam darah daging. Sombong itu harus ada. Tapi mesti pandai control. Bukan kontol. Kalau xreti control, kontol-lah jadi nyer.

Pertelingkahan itu juga adat dan juga asam garam kehidupan. Tanpa pertelingkahan tidak akan ada persefahaman. Tidak ada persefahaman maka berlaku perpecahan. Perpecahan berkadar langsung dengan peperangan. Daripada hidup aman harmoni, jadi huru-hara dan tunggang langgang.

Bergaduh mulut juga adalah satu kemestian dalam suatu perhubungan samada antara kawan-kawan ataupun lawan-lawan. Sayang-sayang pun boleh juga. Kerana apa? Sebab kurang persefahaman.

Jadi kepada sesiapa yang sedang enak dilamun percintaan, janganlah rasa down atau kecewa kalau baru nak bahagia sudah bergaduh. Macam yang gua sebut tadi, manusia memang sukar untuk dipuaskan. Saruk lu jangan nak fikir yang bukan-bukan. Sabarlah. Ketenangan boleh membawa berkat. Tapi lu orang jadi macam BudakPanjang. Menggemari provokasi.

Apa-apa pun. Gua menyokong A.R.A.B yang diperjuangkan BudakPanjang. Tapi sorry gua tak boleh join.


No comments:

Post a Comment