Thursday, October 8, 2009

Hitam

Bila panas mula menyentuh permukaan kulit yang terdedah, perasaan perit mula dirasai. Makin lama makin perit yang dirasakan. Makin perit makin panas hati dibuatnya. Tapi siapa yang boleh mencabar kekuatan yang Maha Esa. Maka keperitan panas membuatkan warna kemerahan terbit di permukaan kulit. Dan kemudian berubah menjadi hitam. Dari warna kulit yang cerah kini menjadi gelap. Itulah hakikat yang perlu ditelan oleh semua orang yang menyertai Varsity Boat Race 2009. Esok gua akan start berlumba bersama-sama rakan-rakan. Wish gua good luck.

Titik hitam di dalam hidup sentiasa hadir. Kita tidak mungkin dapat semua yang kita nak. Apabila kita sudah dapat sesuatu, pasti ada sesuatu yang lain hilang. Itu juga hakikat. Namun mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku. Mung kin juga pengajaran atau peringatan. Namun meminta maaf adalah lebih baik jika dilakukan secara face-to-face. Tetapi masa mencemburui dan semua benda berlaku dengan lebih cepat daripada yang disangka. Kehilangan kawan-kawan amat memeritkan. Sama seperti keperitan yang dialami sekiranya berjemur di panas terik tanpa seurat benang di badan.



6 comments:

  1. good luck bro! :D tapi..ko dah abes game kan?? ape result?

    ReplyDelete
  2. jimmy:alrite!gua bersemangat terus!

    amalina:thank you so much :D

    orked:thank you very much :D

    jimmy:hitam itu bontot kuali :p

    muzen:heat dapat 3rd.1st bangkok uni 2nd chieng mai uni.timing agak teruk.9:22.

    ReplyDelete