Friday, October 23, 2009

Masa

Bekerja,belajar,melepak. Lakukan apa sahaja masih menggunakan masa. Mungkin juga ada yang memerlukan duit. Ataupun pengorbanan. Mungkin. Jika bercakap tentang tiada masa, semua orang diberikan masa yang sama setiap hari iaitu 24 jam. Tapi bagaimana kita menggunakan masa itu sepenuhnya adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Kadang-kadang masa yang digunakan untuk orang lain lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk diri sendiri. Ini dinamakan pengorbanan. Masa yang terluang tidak digunakan pula dipanggil pembaziran. Masa yang digunakan untuk benda yang tidak berguna juga dikategorikan sebagai pembaziran. Masa yang digunakan untuk benda berfaedah seperti membeli kasut pula dinamakan sebagai penggunaan masa yang efektif. Betul ke? Mungkin ya mungkin juga tidak. Seperti yang dikatakan pada awal perbincangan, terpulang pada individu itu sendiri.

Kehidupan sebagai student banyak masa yang terluang untuk dibazirkan. Tidak seperti orang-orang yang bekerja yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada syarikat atau tempat bekerja. Tapi gua rasa ramai orang bekerja menghabiskan masa mereka bermain YM ataupun ber-blogging di tempat kerja. Sungguh tidak professional (cara gua cakap macam gua jujur dan professional habis). Sebagai student juga masa yang paling berharga adalah ketika hampir dengan peperiksaan ataupun final exam. Preparation untuk final exam sangat menjengkelkan. Dan juga sangat memenatkan. Kerana apa? Sebab pandai sangat. Time belum exam tak nak pulak study atau datang ke kelas. Dah nak exam baru nak menggelabah study pelajaran satu semester. Tapi itu lumrah kehidupan. Semua orang masih lagi menganggap study last minute itu yang paling efektif. Memang terbukti sangat efektif. Struggle hanya untuk beberapa minggu untuk menjawab soalan-soalan yang ala-ala lecturer tidak tahu jawapan. Tapi masih mendapat gred yang bagus. Tahniah!

Gua pelik. Kenapa perlu lecturer tanya soalan yang mereka sendiri tahu jawapannya? Nak kata kurang pandai, mereka sudah berpangkat Professor. Ada juga yang sudah menempa nama di persada antarabangsa juga mendapat pelbagai anugerah terhadap sumbangan akademik. Yang menjadi mangsa haruslah para pelajar. Sungguh tidak adil.

Tapi sibuk menelaah tidak bermaksud orang lain boleh mengambil kesempatan terhadap kita. Orang yang bekerja mungkin tiada masa untuk melakukan apa-apa. Akan tetapi orang yang berpangkat besar tidak mempunyai banyak kerja. Mereka mempunyai kuli-kuli yang sanggup melakukan kerja mereka. Orang-orang yang berpangkat besar hanya perlu menggoyangkan kaki dan akan mendapat nama atas kerja orang lain kemudian hari. Adilkah itu? Lu orang pikirlah sendiri. Dan orang-orang yang berpangkat besar ini semua ada segalanya untuk melakukan apa-apa yang mereka mahu.

Gua akan menghadapi final exam pada minggu depan. Masih ada masa untuk menelaah, meng-update blog dan juga memberi sepenuh perhatian kepada orang-orang yang memerlukan. Apa salahnya? Gua mampu memberikan komitmen dan masih mampu memberikan sekuntum senyuman terhadap orang yang gua sayang. Dan gua masih mampu memberikan sepenuh kasih sayang gua terhadap orang yang gua sayang. Ini dinamakan pengorbanan.

First Priority First


P/S : its not the matter of when..its the matter of how..and also understanding..

No comments:

Post a Comment