Wednesday, October 14, 2009

Risiko

Kurang bercakap kurang yang difahami. Tapi bila kadang-kadang bercakap pun orang kata kita cuba memandai. Kononnya kita tidak tahu apa yang dilakukan kerana masih kecil. Ataupun pemikiran kita masih mentah dan masih lagi dalam proses pembelajaran. Apa yang difikir mungkin tidak sama seperti apa yang berlaku secara realiti. Perlakuan tidak menggambarkan pemikiran. Itu pada pendapat gua. Kematangan pemikiran seseorang bergantung kepada orang sekeliling yang kita sering bergaul. Mungkin kita ingat orang yang lebih muda daripada kita mempunyai pemikiran yang kurang matang berbanding daripada kita sendiri. Tetapi yang sebenarnya pemikiran orang-orang yang lebih muda ini lebih matang dan bak kata orang England, lebih adventurous. Keberanian untuk menyahut cabaran yang lebih besar membuatkan orang-orang kita lebih maju dan lebih banyak belajar. Itu yang sering berlaku di dalam komuniti masyarakat kita sekarang ini. Mereka masih fikir method yang lama lebih berkesan dan lebih menjamin masa hadapan. Kenapa dipersoalkan cara yang baru jika kita tidak pernah mencuba? Tidak kenal maka tidak cinta.

Mungkin jika seorang yang pemboros ingin menjadi seorang yang jimat cermat dan melabur, orang akan pelik. Tidak mungkin akan berjaya. Di situ kita masih boleh melihat ayat MUNGKIN
masih lagi wujud dalam konteks perbualan. Jika kita bercakap tentang mungkin, ada 2 kemungkinan iaitu berjaya atau tidak berjaya. Terpulang pada individu untuk membuat keputusan. Apa-apa pun mengambil risiko sudah menjadi darah daging dalam segal macam hal dalam kehidupan di zaman ini. Jika kita masih lagi takut untuk mengambil risiko, kemungkinan untuk berjaya adalah lebih tipis berbanding orang-orang yang berani untuk mengambil risiko. Orang-orang yang berani mengambil risiko itu mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya. Bagaimana Amerika Syarikat dahulu mengambil risiko melabur untuk penjelajahan angkasa lepas, kini mereka menjadi antara kuasa besar dalam penjelajahan angkasa lepas. Mengapa? Kerana mereka mempunyai sifat beranii mengambil risiko. Dan akhirnya mereka berjaya.

Investment merupakan perkara yang sering dilakukan oleh semua orang pada masa kini. Gua tidak maksudkan multi level marketing (MLM) ataupun skim cepat kaya yang lain. Gua kurang pengetahuan tentang MLM ataupun skim cepat kaya. Minta maaf sekiranya ada yang terasa. Gua tidak mempunyai niat atau intention untuk merendah-rendahkan method yang lain. Tapi apa yang gua nampak sekarang ini adalah property investment. Semua orang melabur untuk asset masing-masing. Siapa mahu menambahkan liabiliti bukan? Nilai aset boleh bertambah tetapi nilai liabiliti selalunya berkurangan. Semua orang tidak akan berkira sekiranya melabur untuk aset pertama mereka. Tiada salah melabur untuk aset. Hasilnya tidak dapat dilihat pada masa terdekat. Demi masa depan yang lebih terjamin, risiko dan pengorbanan perlu dilakukan.

Correct me if im wrong. Gua hanya menyampaikan apa yang gua fahami. Bukan apa yang gua fahmi. Gua bukan Fahmi.

2 comments: