Tuesday, December 15, 2009

C.I.N.T.A

Semua orang bercinta. Lelaki dan perempuan. Kalau lelaki dan lelaki, sumpah kalau jumpa terus tepuk kepala mereka sekuat hati. Dan ada juga yang bercinta dengan OBJEK. Semua orang ada pendapat yang berbeza tentang semua hal yang berlaku. Dan semua orang pasti akan berkata "Mungkin betul jugak apa yang orang itu katakan". Maybe? Ikut suka hati korang lah.

Terlintas di hadapan mata kepala gua. Mestilah mata kepala gua dan pastinya bukan mata kepala lu orang semua. Kenapa kalau sudah bercinta atau sudah komited terhadap perhubungan, seseorang itu tidak perlu menjaga kecantikan masing-masing. Dari segi pakaian, ada yang selekeh bila keluar dengan kekasih@isteri@skandal dan lain-lain lagi. Ada juga yang mengalami penambahan berat badan yang mendadak. Perbezaan di dalam range 10kg di antara masa sebelum dan selepas bercinta. Sudah happy. Katanya. Tidak kurang juga yang tidak lagi mementingkan penampilan di khalayak ramai ketika sudah bercinta. Sudah berpunya kenapa mahu melawa lagi? Katanya dengan penuh yakin sambil tersenyum lebar. Bila sudah tidak bercinta, baru mahu sibuk melawakan diri. Huh? Ikut suka hati korang lah.

Penampilan harus dijaga. Sebelum, ketika dan selepas bercinta atau berkahwin. Memanglah kalau sudah berpunya tak payah nak melawa untuk memikat orang lain. Tapi apa pula kata orang lain yang mengenali korang semua? Apa yang diorang akan cakap kalau nampak lu orang semua berpakaian tidak senonoh ketika bersama pasangan masing-masing atau sudah mengalami perubahan dari segi bentuk badan yang dahulunya seperti seorang atlet jagoan renang berirama?

Fikirlah. Penampilan lu orang tu untuk orang lain atau untuk diri lu orang sendiri? Kan seronok kalau nampak semua orang hensem, cantik, bergaya, anggun, tampan, kacak sentiasa. Maka hilanglah bau hapak di seluruh pelosok negeri. Huh? Tiada kaitan.

P/S : ..and still counting :)

3 comments:

  1. penampilan plg peting kot..aku kalo nk jmpa org tersayang..tuka bju 10 kali tkt x cantek..hehe

    ReplyDelete
  2. Gua selalu tampil hensem di hadapan lu, kan?

    ReplyDelete
  3. ezzati:kenapa xpakai 10 lapis baju jer terus?:p

    paan:sudah mesti!:D

    ReplyDelete