Thursday, January 7, 2010

Internet

Negara Malaysia tengah dalam perancangan membina stesen janakuasa elektrik yang menggunakan nuklear sebagai bahan api. Kalau selama ini Malaysia hanya menggunakan gas asli dan juga arang batu sebagai sumber utama pembakaran. Bukan menggunakan orang asli sebagai bahan bakar ye adik-adik. Juga bukan batu api.

Kalau dilihat dari segi statistik, negara Korea mempunyai sistem internet yang paling bagus dan efisyen di dalam dunia. Menurut katanya. Setakat download cerita-cerita blockbuster dan juga filem Ghost Buster termasuklah Inglourious Basterds. Bukan makan hari, tapi mengambil masa hanya beberapa jam ataupun beberapa puluh minit sahaja. Bastard bukan? Jeles tak? Video streaming tidak perlu disebut di sini kerana orang macam dia memang suka melayari website yang tidak senonoh. Sungguh kotor orang itu.

Statistik juga menunjukkan bahawa negara Korea mempunyai hampir 10 stesen janakuasa elektrik nuklear. Malaysia baru dalam perancangan nak bina sebuah stesen janakuasa elektrik nuklear. Itu pun tempoh pembinaan bakal siap dalam tahun 2025. Kiranya masa you all semua dah ada anak bini. Baguslah. Sudah tidak perlu pening fikirkan tentang bil elektrik yang kian hari kian melambung bagaikan beruk melompat di atas pokok.

Persoalan di sini, mungkinkah sistem internet di Malaysia boleh setanding dengan sistem internet di Korea sekiranya nanti Malaysia sudah ada stesen janakuasa elektrik nuklear pada tahun 2025?

1 comment:

  1. bro..lama gua x baca blog lu...

    alang2 baca...gua tumpang berak sekali


    hahahaha

    ReplyDelete