Tuesday, September 29, 2009

Benda.

Makin nak habis belajar, makin banyak pulak dugaan yang melanda. Makin banyak dugaan yang melanda, makin kuat aku rasa nak habiskan belajar. Makin banyak kerja yang perlu disiapkan, makin senior pulak aku rasa. Biasalah. Umur pun sudah makin lanjut. Duit pun nasib baik dah siap-siap dikumpul. Future planning kononnya. Tapi untuk apa gua pun sudah keliru. Untuk investment jangka panjang mungkin. Ataupun preparation di masa hadapan. Tapi apakan daya, pembelajaran masih jauh lagi.

Disebabkan busy juga gua hampir terlupa yang minggu depan gua akan berjemur di bawah panas sambil mengerah segala keringat di dalam badan semata-mata untuk sebutir besi yang dipanggil sebagai medal. Memang kerja gila. Tapi ini mungkin penampilan terakhir dalam sukan ini. Yang penting elaun yang akan diperolehi. Sungguh mengancam. Sesiapa yang tiada kerja di rumah sila datang memeriahkan suasana yang memang sedia ada hangat.

Hujung minggu ini Malaysian Open Tennis Tournament akan berlangsung. Gua tak dapat mengikuti perkembangan namun separuh dari diri gua akan berada di sana menyaksikan kehebatan perlawanan akhir sambil setengah lagi badan gua berada di bawah panas. Kesian bukan? Tapi apakan daya. Bukan rezeki gua barangkali..

Banyak lagi hal yang berlaku. Antaranya adalah pembelian boot bola yang hanya berharga RM105. Murah bukan? Kualiti memang nombol 1. Jenama ADIDAS diberi. Gelaran PREDATOR disegani. Pasti gua lebih gembira selepas pembelian tersebut. Sekian. Kasih diterima.




P/S : Sesiapa yang ingin meminta tolong gua memeriahkan majlis rumah terbuka lu orang, sila ajak. Kecil tapak tangan, tapak kasut PREDATOR gua tadahkan. Kalau tak ajak nanti gua crash rumah lu orang. HAHAHAHAHA. Memang tak reti malu langsung.

P/S/S : Baby, I Love You So Much!!! Care for G-Force 3D? :D

7 comments:

  1. boleh hilang kawan

    ReplyDelete
  2. vivi:ntah

    anonymous:mungkin..tapi baik cerita dr terus diam xckp pape..

    ReplyDelete
  3. what a decision.rela hilang kawan dari tidak bercerita.Its ok..Dugaan

    ReplyDelete
  4. anonymous:kehilangan kawan mmg suatu perkara yg sangat pedih...luaran maybe aku nampak happy n aku nampak gembira...dalaman?aku sorg jer yg tau..bkn xnk ckp..tp xberkesempatan nk ckp pape..tibe2 hilang menyendiri...

    ReplyDelete
  5. hendak seribu daya.taknak seribu dalih

    ReplyDelete
  6. bukan xberusaha.bukan xmencuba.bukan xmemahami.

    just hav to find the right time to talk about things.sbb xsemua benda boleh discuss in public.

    ReplyDelete