Tuesday, September 1, 2009

Hikmah

Semakin lama semakin kurang idea untuk membuat entri di blog. Mungkin otak semakin sengal? Atau semakin berkarat? Ye lah. Semakin berumur dan semakin matang. Matured bak kata orang kampung gua. Semakin berpengalaman. Arus kehidupan harus ditempuh. Liku-liku kehidupan yang penuh onak berduri. Bukan otak berduri.

Tapi gua pelik. Semua benda yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Contohnya sekiranya kita belajar dengan tekun, mungkin kita mampu berjaya dalam pelajaran dengan CGPA 4.00. Mungkin. Ataupun sekiranya kita berlatih bermain bola, mungkin kita boleh jadi se-terer Lionel Azry. Siapa tidak kenal Lionel Azry? Tidak kenal pun tidak apa. Tak memberikan apa-apa faedah pun. Sekian.

Yang menjadi tanda tanya sekarang. Apa yang menjadi hikmah di sebalik makan? Balik-balik lepas makan gua rasa kenyang. Balik-balik lepas makan gua kenyang. Balik-balik lepas makan gua tido pastue bangun tido gua lapar balik. Balik-balik lepas makan apam balik gua jatuh terbalik. Ape kes?

Pergi balikla weh!

4 comments: