Assalamu'alaikum rakan-rakan setan sekalian. Anda semua sihat? Mentang-mentang Hari Raya dah menjelma, lu orang bukan main seronok lagi membakar mercun time family lu orang sibuk memasak rendang di dapur. Gua seperti tahun-tahun sebelum ini, ditugaskan membuat kerja-kerja rumah yang sesuai untuk lelaki seperti gua nie. Contohnya mengecat pagar rumah, membuat lemang, membasuh kereta dan lain-lain lagi. Memang gua memberontak kalau tiba-tiba gua ditugaskan dengan kerja-kerja di dapur.
Menjelang Hari Raya ini macam-macam kerenah kita boleh tengok. Ada yang sibuk nak balik Bahau, ada yang tolong mak jahit langsir, ada yang tolong mak beli kuih kat supermarket dan macam-macam lagi. Senario tiap-tiap tahun memang sebegitu rupanya. Namun dalam pada itu kita perlu juga ingat tentang yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang berada di dalam kesusahan. Tapi itulah Hari Raya Aidilfitri. Semua orang menyambut dengan gembira walaupun dalam pelbagai keadaan kewangan.
Namun dalam banyak-banyak persiapan, kita sering terlupa sesuatu. Itulah yang sedang gua lakukan sekarang ini. Hanya tinggal kurang dari sejam sebelum dateline. Dateline ape lu orang tanya? Bagus. Lu orang semua memang sayang gua. Dengar sini.
Gua sedang bersiap-sedia. Kurang dari sejam setan-setan akan dilepaskan dari kurungan. Siapa nak join gua perang dengan setan-setan? Gua dah siap borong Thunderclap, Mercun Bola, Mercun Das dan bermacam-macam lagi mercun bagi tujuan perang kali ini.
Sigh~Gua cuak!!
P/S : Dengan ini ingin diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang berada di jauh dan di dekat. Gua nak mintak maaf banyak-banyak kat lu orang semua mana tahu kalau gua terkutuk dengan sengaja pasal lu orang. Sekian terima kasih. Makan lemang jangan lupa kat gua.
D, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Maafkan I sebab I ada banyak buat silap dan salah dekat YOU. Halalkan makan dan minum I. Love YOU so much!! :D

selamat hari raya beb! :)
ReplyDelete