Bekerja memang amat menjengkelkan. Biasalah. Kerja ikut jam. Kerja yang diberi tidak setimpal dengan gaji yang ditawarkan. Kemerosotan ekonomi katanya. Tapi itulah lumrah hidup. Membuat kerja yang tidak disukai tetapi dapat apa yang diinginkan iaitu gaji untuk dibuat belanja makan dan minum.
Mesti ingat zaman belajar bukan? Kerja masih lagi banyak dan banyak dateline yang dikejar. Semua tenaga pengajar berebut-rebut hendak memberi kerja kepada student. Memberi pendedahan kepada pelajar demi masa hadapan. Katanya. Entah betul entah tidak. Tapi ketika belajar, buat kerja separuh maut tapi yang dapat hanyalah gred. Tiada bayaran terhadap kerja yang dilakukan.
Perbezaan? Ketika bekerja banyak tanggungan. Gaji yang dapat kadangkala tidak mencukupi. Belanja sana sini. Memanglah tidak cukup. Ketika belajar yang tidak ada tanggungan tak nak pulak lu orang menyimpan duit. Huh! Asal ada duit sikit mula nak fikir pergi bercuti. Rombongan ke pulau dan bermacam-macam lagi tempat.
Tapi indah bukan? Ketika bekerja ada duit tapi tiada masa untuk bercuti. Kesimpulannya waktu belajar memang waktu yang indah. Kan?

No comments:
Post a Comment