Tuesday, February 9, 2010

Kesan

Bila berada di atas, kita sebagai manusia sentiasa lupa bahawa hidup ini umpama roda. Sebentar kita di atas. Kejap lagi mungkin kita di bawah. Itu hakikat kehidupan.

Pernah dengar tentang nasihat-nasihat yang seringkali disebut oleh orang-orang yang lebih tua?
Biar orang buat kita, jangan sampai kita yang buat orang. Bukan mereka sengaja reka ungkapan tersebut. Tetapi itu yang sering berlaku. Bila berlaku sesuatu, pasti ramai yang ingin membalas dendam. Itu sudah biasa.

Anak-anak muda memperlekehkan apa yang dikatakan oleh orang tua. Benda-benda yang buruk masih belum kena di batang hidung mereka. Pernah mereka fikir tentang kesan yang akan berlaku di kemudian hari? Mungkin mereka sedar. Darah muda yang masih panas mengalir menjadi penghalang kepada segalanya. Fikir tentang perasaan marah dan dendam.

Hidup umpama roda. Hari ini kita senang. Hari esok kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jasa yang baik dikenang, jasa yang buruk dibuang.

Jangan disalahkan orang lain sekiranya suatu hari nanti kesusahan menimpa dan tiada siapa yang membantu. Bukan niat ingin menakutkan. Tetapi sekadar peringatan.

3 comments:

  1. "Anak-anak muda memperlekehkan apa yang dikatakan oleh orang tua. Benda-benda yang buruk masih belum kena di batang hidung mereka. Pernah mereka fikir tentang kesan yang akan berlaku di kemudian hari? Mungkin mereka sedar. Darah muda yang masih panas mengalir menjadi penghalang kepada segalanya. Fikir tentang perasaan marah dan dendam"

    Gua suka perenggan ni.

    ReplyDelete
  2. saruk:boo lu balik

    paan:menarik bukan?sentap beb

    ReplyDelete