Bulan puasa, bulan mulia, bulan Ramadan. Menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Juga tidak dilupakan maki hamun dan ayat-ayat cerca yang keluar dari orang yang kurang daya tahan lapar. Bulan biasa melantak sepanjang masa. Memang lah macam itu.
Apabila berbuka, semua berpusu-pusu menyerang meja yang dipenuhi juadah. Makan sehingga tak larat nak bangun untuk ke depan TV sambung tengok cerita kartun. Tapi sekarang selalu juga rancangan berbentuk dokumentari ke udara. At least we can gain some knowledge about the world. Nak harap buka ensiklopedia atau encyclopedia, memang liat. Wikipedia pun sekali-sekala.
Memang banyak juadah dari seluruh pelosok tanah air dan bandar-bandar terkemuka berkumpul di bazar Ramadan (BaRam). Ada yang memanggil Pasar Ramadan (PaRam). Lain-lain nama panggilan belum dapat ditemui lagi di wikipedia. Tunggu mereka update sudah berkurun lamanya.
Makan punya makan, banyak makanan terlebih dalam pinggan. Nak tak nak kena habiskan jugak lah. Takut nanti dicop kawan syaitan sebab membazir. Ibu kita selalu pesan "Mohd, habiskan nasi dalam pinggan. Nanti menangis nasi kalau dibuang". Pelbagai imaginasi muncul di atas kepala membayangkan muka nasi sedang menangis. Biasalah. Kanak-kanak Ultraman.
Tapi masalah sekarang. Kalau makanan yang banyak boleh gagah lagi kalau nak compresskan dalam perut. Kerja banyak boleh ke nak compress? Bagai beri betis nak peha. Submit kerja on time banyak lagi kerja yang disuruh buat. Huh!
Eh apa motif entri kali ini?
No comments:
Post a Comment