Saturday, August 29, 2009

Innocent


Kan gua dah cakap? Gua bukan jahat. Gua innocent. Sekian terima kasih.

Friday, August 28, 2009

Cuti

Asal hari Jumaat jer gua cuti. Asal cuti jer hari Jumaat. Gua sedang belajar di negeri Kelantan ker?






P/S: ape barang ada kelas hari Jumaat?

Sedangkan yang terang sudah bersuluh

Biasalah. Student memang selalu busy. Busy dengan assignment, midterm test dan pelbagai lagi rintangan lain yang cuba diberi oleh tenaga pengajar. Bukan Tenaga Nasional ya kawan-kawan. Mintak maafla kawan-kawan. Terlalu suntuk masa untuk meng-hupdate blog. Hanya mampu memberikan sokongan dengan melawat blog orang lain saja.

Esok tiada kelas namun assignment masih lagi setinggi nasi dan lauk pauk yang dinikmati oleh setan ini ketika berbuka puasa. As usual, mestilah menjadikan orang yang berbadan "sasa" sebagai benchmark. Jika tidak bagaimana? Tiada cara lain lagi yang lebih efektif. Jika ambil contoh gua, gua hanya mampu untuk membelanjakan RM3 saja setiap kali berbelanja juadah berbuka. Biasalah. Nama pun student. Melainkan kalau gua nie sudah berkerja di syarikat kontraktor Oil and Gas yang terkenal di seantero Semenanjung Malaysia dan hanya datang ofis untuk menggoyangkan kaki sebab dapat backup dari bos. Oh sudah terpesong. Mintak maaf kembali.

Melihatkan keadaan di office menjadikan gua bersyukur masih lagi bergelar pelajar. Namun setelah mendapat pujian dan juga kritikan membina membuatkan gua mahu terus menerus menjadi pelajar. Masakan tidak. Dialog perbualan adalah seperti ini

Gadis : Can I get you something to drink?
arres : Owh no its okay. Im fasting.
Gadis : I am very sorry. But you don't look like a malay.
arres : *tersenyum sipu*

See? Sudah acap kali gua nyatakan. Gua berwajah mix. Eurasian dengan erti kata lain. Tetapi ramai tidak dapat menerima hakikat itu. Gua bersedih dengan lu orang semua. BTW, kadar puasa gua masih lagi menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Berkat tunjuk ajar parents gua. Sekian terima kasih.




P/S: D, take care in Incheon. Send my regards to Wonder Girls, Girls Generation and also the Super Junior. Can't wait to see you when you're back in Malaysia. Missing you!!!

Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku


Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku



P/S:sekali sekala layan indie ape salahnye? :p

Monday, August 24, 2009

Berpuasa atau Berkuasa?

Selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2009. Hari pertama berbuka adalah yang paling happening. Sebab berbuka bersama keluarga dan semua hadir memenuhi kertas attendance yang disediakan. Biasalah. Apabila pengetua datang, semua gerun takut nanti fail dan seterusnya memberi impak terhadap angka di dalam akaun simpanan bank masing-masing. Namun segala pengorbanan tidak disia-siakan dengan makanan yang disediakan. Ala-ala buffet dinner di hotel. Segala jenis hidangan disediakan termasuklah nasi beriyani yang diimport khas dari negara Arab(hanya resipi,bukan makanan).

Tidak dilupakan juga anak-anak sedara yang sering menghiburkan hati. Seringkali hadir bersama perangai yang boleh menggugurkan jiwa daripada terus memarahi mereka. Pandai betul kanak-kanak zaman sekarang. Hanya dengan senyuman dan gelak tawa, segala perasaan marah terhadap mereka terus hilang. Oh sudah jauh menyimpang.

Jauh pada malam hari, ditemani kekasih yang disayangi, pembelajaran harus diteruskan. Dengan Bulan Kemerdekaan yang langsung tidak dianggap sebagai merdeka bagi sesetengah golongan terutama pelajar, semua ujian harus ditempuh dengan penuh onak dan duri dan juga diiringi air mata. Sungguh tidak ku sangka perjalanan kehidupan sebegini teruk. Oh tiba-tiba gua tersimpang sekali lagi. Sorry guys and gurls.

Puasa memberikan 1001 makna kepada semua orang. Jangan dilupakan tentang ibadah yang dituntut. Itu sangat penting. Sekian terima kasih.





P/S: D,take care and have a safe journey to Beijing. Jaga2. Sana kes H1N1 masih teruk. Remember what I told you. and many thanx for the GODIVA choc bar. See you Wednesday!! =)

Thursday, August 20, 2009

Bulan Kemerdekaan

Senarai Mid Term Test yang bakal gua hadapi sebagai seorang pelajar 3rd year Mechanical Engineering

18th August 2009 Electro Mechanical Systems
23rd August 2009 Mechanical Design Process
24th August 2009 Heat Transfer
25th August 2009 Non Destructive Testing
Unknown Control Systems

Bulan Kemerdekaan? Haram jadah. Tidak sama sekali gua merasakan keindahan kemerdekaan. Lagi tersepit di dalam neraka mungkin. Tetapi apakan daya. Gua hanya manusia yang kurang berdaya. Gua hanya mampu berserah kepadanya walaupun 1st test tue gua baru dapat tau tentang kejadian test tue pada pukul 4 petang ketika sedang menikmati Hazelnut White Coffee di Old Town. Gudluck kepada gua.

Thursday, August 13, 2009

Cikgu

Cuti amat membosankan. Apabila memikirkan beban yang bakal ditanggung selepas cuti berakhir, memang akan jadi lagi pening. So buat apa difikirkan tentang hal yang bakal merunsingkan dan merumitkan kepala otak sendiri? Lebih baik rileks sahaja dan beraksi cool. Lebih kurang merumitkan kehidupan.

Namun minat yang mendalam terhadap permainan drum menjerumuskan gua ke Youtube. Gua lebih suka melihat bagaimana orang bermain drum untuk cover lagu-lagu yang memang require permainan drum yang sangat kompleks seperti Remenissions, Afterlife, Unholy Confessions dan lain-lain lagi. Namun disebabkan tiada mahaguru untuk mengajar gua bermain drum, maka impian tersebut terkubur. Gua cuba bertanya namun semua menolak kemungkinan menjadi mahaguru gua seperti insan ini. Katanya tidak pakar tetapi reti. Apakah modus operandi beliau di situ? Memeningkan pihak ketiga barangkali.

Namun begitu, setelah di-gelintar seluruh laman internet dan juga laman rumah banglo di kawasan Bukit Damansara, gua menjumpai sesuatu yang menarik. Mampukah website ini membantu gua menjadi seorang pemain drum? Ataupun bakal menjadikan gua seperti tong drum seperti dia ini? Entah. Gua kurang pasti. Tapi tidak salah jika mencuba. Jangan pula mencuba setengah jalan seperti yang dilakukan oleh makhluk ini. Sungguh pemalas tetapi lihat sahaja saiz badannya. Sesuai bukan?


P/S:kalau e-drum Roland berharga RM3***, adakah ianya pembelian berbaloi? Atau patut kah gua menyimpan RM3*** itu untuk tujuan lain seperti membeli donat J.Co dengan kuantiti yang lebih banyak daripada ini? Masih di dalam dilema.

Bodoh

Oi orang bodoh...
ko kalo dh xde keje lain,ko xpayahla nk menyusahkan idup org lain...
cube ko wat hal ko sendiri tanpa perlu menyusahkan org lain?
well at least ko xpyhla nk wat citer mcm2 pasal aku...
ko tue dhla mmg stok buangan...
skng nie aku pahamla nape ko kena buang ngn family ko sendiri...
sbb perangai ko yg mcm babi ko tau?
mmg ptt pn sumer org xsuke kt ko...
ko bli org ngn duit ko yg aku sendiri pn xtau dari sumber mane...

ko tolongla berambus dari idup aku....
aku anggap ko bkn lg sedara aku....
aku dh anggap ko dh mampos???
ngerti?

Wednesday, August 12, 2009

Cuti

Ape?
Ingat best sangat ker dapat cuti?
Ingat best sangat ker kalau xde cuti?
Ingat best sangat ker J.Co?
Ingat best sangat ke tido dari pagi sampai ke petang?
Tak semua benda best
Sebab semua benda pun nk kena pakai duit
Aaarrrggghhh!!!
Tension plak gua
Mari kawan-kawan
Kita pergi isap rokok
Kasi ringan sikit beban kat otak
Ape?
Tak cuti?
Memang dasar loser
Terutamanya orang ini
Dah la kena halau sebab gelak dalam kelas
Tak bertamadun sungguh lecturer

Sunday, August 9, 2009

Simtom

Kiter sudah sedia maklum dengan simtom-simtom H1N1. Antaranya seperti demam,sakit tekak,selsema dan juga sakit sendi-sendi. Anda semua pernah merasakan simtom-simtom seperti ini? Jika tidak pernah bagus. Jika ada sila ke hospital untuk pemeriksaan rapi. Disini ingin dikongsi beberapa simtom lain atau dengan bahasa pasar petanda lain penyakit-penyakit yang mungkin sukar untuk dicari penawar.

Penyakit:Pemalas
Simtom:Punch card selalu merah, sering kehabisan kredit kerana meminta orang lain signkan attendance, selalu tido lambat kerana pada hari tersebut sudah tido dan bangun pada waktu petang, selalu makan lunch pada pukul 5 petang.
Penawar:Masih lagi dalam kajian

Penyakit:Gemuk
Simtom:Rasa lapar pada waktu malam,sentiasa ber-blogging tapi tidak ber-joging,selalu late supper,perasan sudah turun 5 inci tetapi sebenarnya hanya 0.5mm,erti kata lain adalah side effect kepada penyakit yang dinyatakan di atas.
Penawar:Juga masih dalam kajian

Penyakit:Rambut Panjang
Simtom:Sentiasa berbau busuk dan kurang menyenangkan, menghabiskan duit untuk benda lain dan bkn untuk memotong rambut, tidak mempunyai masa depan dan sering mengaku dirinya nipis tetapi solid.
Penawar:Kawan-kawan boleh tol0ng potongkan sebab orang-orang macam ini selalu tido dlm keadaan separa mati.

Penyakit:Makan Banyak
Simtom:Duit loan PTPTN sudah masuk, makan tanpa rase segan silu, makan dalam keadaan yang ingin bercakap dan berborak, sering mengunyah namun tetap kurus, cacing banyak di dalam perut mungkin.
Penawar:Tunggu bila dah habis duit loan nanti. Tengok dia masih makan mewah ataupun maggi sahaja.

Penyakit:Hensem
Simtom:Seringkali didengki orang lain, dipanggil dengan nama yang bukan-bukan namun sering dicerca dan dikutuk, sungguh kasihan orang ini. Kenyataan tentang dirinya tidak diterima umum.
Penawar:Tiada

Thursday, August 6, 2009

Sakit

Gua bangun tido...
Gua bersiap2 bersemangat nak pergi kelas....
Dengan niat nak concentrate dalam kelas untuk kali terakhir sebelum penggal pertama semester...
Gua siap pakai perfume lagi pergi kelas....
Konon menunjukkan gua bersemangat....
Memang gua bersemangat pun....
Siap pakai kasut lagi....
Baju berkolar menjadi pilihan....
Antara appearance gua kalau bersemangat ke kelas....
Gua berjalan menuju lif....
Tekan butang bawah dengan penuh tekun....
Ok bernyala....
Tunggu lif sampai....
Kenapa lif sampai lambat daripada kadar lembab yang biasa?
Owh maybe ramai orang jakun nak naik lif sebelum cuti....
Tiba-tiba gua ditegur....

Lelaki : hensem-hensem macam ni nak pergi mana?
Gua : Pergi kelas...tapi dah ponteng 2 kelas dah pagi tadi...
Lelaki : Tadi u xpergi MPH?
Gua : Ada apa?
Lelaki : Diorang wat announcement UNITEN kena kuarantin...3 orang positif H1N1...semua kelas cancelled...
Gua : Yeke?
Lelaki : Cuba u try call kawan u tny pasal kelas...

Gua menekan punat nombor di handphone gua yang dh uzur....
Tet tet tet tet tet tet tet tet....
Truuuttt truuuttt....
Truuuut truuuuuut.....

Gua : Helo!ko kt mane?
Kawan : Aku kt COE food court....
Gua : Ko xpgi kelas?
Kawan : Ko nie ketinggalan zaman...kelas semua cancelled...
Gua : Demm!!

Terus gua patah balik pulang ke bilik....
Bukak kasut....
namun teringat perut gua kelaparan....
Terus gua sarung selipar pgi lepak makan....




Pengajaran : Jangan selalu ponteng kelas pagi. Kan dah kena cop sebagai ketinggalan zaman. Tapi kenyataan gua masih up-to-date. Gua oke.

Wednesday, August 5, 2009

Walaupun Busy Gua Masih Mampu Membuat Post


Apehal?
Kan gua dah cakap yang gua busy?
=)
Eh!Jom merokok?



P/S:merokok boleh sebabkan H1N1 tak?

Sunday, August 2, 2009

Perselisihan

Walaupun negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dikatakan serumpun kerana berkongsi bahasa yang serumpun iaitu Bahasa Melayu, namun perselisihan bahasa masih lagi berlaku di Rantau Nusantara Melayu. Bukan rokok Nusantara yang berharga RM2.30 sekotak itu. Please take note. Terlalu banyak percaturan telah dilakukan namun perselisihan itu masih belum dapat dileraikan. Mari kita lihat satu contoh perselisihan bahasa tersebut.

Lecturer:Sebagai pelajar kamu semua kena tahu pasal ekonomi dan juga tukaran wang asing...

Student:Hmm....kenapa?

Lecturer:Let say korang semua dah berkahwin..dan ada seorang pambantu rumah berasal dari Indonesia...pembantu rumah mesti akan tanya korang "Bapak kalo satu juta rupiah bersamaan berapa ringgit Malaysia ya pak?" Apa yg korang akan jawab?(sambil menunjuk kepada seorang pelakar)

Student yg ditunjuk:owh!saya bukan bapak kamu...

Lecturer:down~

See?Perselisihan bukan? Namun bukanlah perselisihan bahu ke bahu seperti yang berlaku antara Dik Qish dan Dik An ketika sedang makan bersama di Kedai Telur Berlada. Bukan Teluk Belanga. Qish masih lagi berada di dalam parol kerana terjebak dengan jenayah yang tidak dapat dinyatakan di sini. Bahaya. ISA nampak nanti kena tangkap. Namun yang menjadi tanda tanya sekarang. Bukan tanda tangan ataupun Thundercats. Adakah Bro Saruk kita mengetahui tentang pertemuan sulit mereka di Kedai Telur Berlada? Pertemuan juga dihadiri oleh Abg Panjang dan juga Akak Gigi Besi perasan model. Adakah berlaku juga perselisihan di antara DikAn dan Saruk?Ah tidak penting itu semua. Apa yang penting? KERJASAMA~